Pakaian Tradisional Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara yang indah dengan pelbagai budaya dan sejarah yang kaya. Masyarakat dari pelbagai latar belakang etnik mempunyai pakaian tradisional yang berbeza yang mencerminkan budaya mereka. Saya ingin berkongsi dengan anda kepelbagaian dan keindahan pakaian di Malaysia. Berikut adalah beberapa pakaian etnik yang sering dipakai oleh rakyat Malaysia yang menunjukkan warisan budaya mereka.
Tsem Rinpoche
Pakaian Melayu
Sebelum abad ke-20 dan kedatangan Islam, wanita Melayu memakai kemban, kain sarung atau kain panjang,yang membaluti sekeliling badan dan membiarkan bahu terdedah. Penerimaan universal Islam sebagai agama utama Melayu melihatkan pemakaian kemban lenyap dan peningkatan pemakaian baju kurung yang lebih sederhana dan elegan. Baju kurung terdiri daripada dua bahagian: blaus dan skirt panjang. Blaus tersebut adalah longgar dengan panjang yang berbeza antara pinggul dan lutut. Secara tradisinya, baju kurung mempunyai lengan panjang, tetapi fesyen moden menunjukkan rekaan lengan tiga suku panjang dengan lengan loceng dan kembang. Skirt baju kurung panjang hingga ke buku lali dan mempunyai pelisir satu bahagian tepi untuk memudahkan berjalan dan duduk. Pakaian ini boleh dibuat dengan songket tradisional atau kain batik, atau dengan fabrik kapas dengan corak bunga yang ringkas atau corak batik atau mana-mana gabungan fabrik moden. Untuk melengkapkan busana tersebut,wanita biasanya akan memakai selendang atau tudung.
Pakaian tradisional bagi lelaki Melayu ialah Baju Melayu. Ia terdiri daripada baju lengan panjang yang longgar dipakai dengan seluar serta sampin atau kain sarung pendek yang diikat di pinggang. Untuk melengkapkan busana, lelaki Melayu memakai topi yang dikenali sebagai songkok.
Kepentingan Tudung
Tudung adalah istilah Melayu untuk skaf kepala atau selendang yang menutupi rambut, leher serta bahagian dada, dan meninggalkan hanya wajah wanita terbuka. Kadang-kala tudung dipanggil hijab perkataan Arab yang bermaksud ‘halangan’dan memenuhi kod pakaian dalam Islam yang menyeru wanita Islam untuk berpakaian sopan.
Walaupun tudung tidak wajib bagi wanita sebelum baligh, sesetengah ibu bapa mula melatih anak perempuan untuk memakai tudung dari kecil. Keputusan untuk memakai tudung sebagai sebahagian daripada pakaian harian seseorang biasanya adalah keputusan peribadi dan ia adalah satu komitmen yang dipegang sepanjang hayat.
Cara Pemakaian
Kemban
Terdapat dua jenis kain sarung – sehelai kain yang panjang dan kain yang kedua-dua lebar hujungnya dicantum dan dijahit menjadi bentuk tiub. Untuk memakai kain sarung yang dijahit, anda perlu langkah ke dalam bahagian tengah kain dan tarik sehingga ke bawah lengan anda. Lipat bahagian tepi kain sarung ke bahagian hadapan anda dan lipat sebanyak beberapa inci ke bawah untuk memastikan kain tetap ditempatnya. Kemudian, gulung lipatan ke bawah beberapa kali untuk memastikan bahawa sarong tidak lucut.
Kain sarung lepas memerlukan kain tersebut menutup seluruh bahagian belakang badan sambil tangan anda memegang setiap hujung kain.Balut kain di sekeliling badan anda. Bagi memudahkan pemakaian, anda boleh mengepit kain di bahagian bawah lengan anda supaya tangan anda bebas untuk memintal sudut kain sarung sebelum membuat simpulan pada paras dada.
Tudung
Terdapat banyak cara untuk menggayakan skarf atau selendang menjadi tudung. Gaya asas segi tiga sesuai dengan mana-mana jenis kain berbentuk segi empat.
- Lipat salah satu sudut selendang ke bawah hingga bertemu sudut bertentangan untuk membentuk bentuk segi tiga.
- Letakkan sisi panjang selendang yang dilipat di atas dahi anda. Kedua-dua hujung selendang itu akan menutupi bahu anda, dan hujung segi tiga akan tergantung di belakang kepala anda.
- Buka mulut anda ketika anda tarik tudung di bawah dagu anda, kemudian pinkan tudung. Mulut anda dibuka supaya anda akan mempunyai ruang yang mencukupi untuk menggerakkan rahang anda apabila tudung siap dipakai.
- Seterusnya, silangkan hujung selendang pada leher anda supaya hujung selendang sebelah kiri pergi ke kanan, dan sebaliknya. Ekor selendang perlu menutupi bahagian leher dan ke bawah bahagian belakang bahu anda.
- Tarik kedua-dua hujung ke belakang kepala anda dan pin kedua-dua di bawah sudut belakang selendang itu.
- Laraskan tudung dan anda telah siap memakai tudung.
Terdapat alternatif sedia dipakai di kedai-kedai yang hanya memerlukan anda untuk memasukkan kepala anda melalui bukaan selendang itu. Apabila selendang berada di tempat dan anda telah membuat pelarasan yang perlu, anda telah bersedia untuk menunjukkan gaya baru anda.
Perlu diingat bahawa wanita Islam memakai tudung sebagai satu bentuk komitmen kepada diri dan agama mereka. Janganlah mengambil pemakaian tudung sebagai satu jenaka dalam apa jua cara serta menghormati wanita-wanita ini.
Sampin
Cara pemakaian sampin hampir sama degan kemban, kecuali sampin dipakai sama ada di pinggang atau pinggul. Selepas masuk ke bahagian tengah sarung dan menariknya sehingga ke paras pinggang, lipat kedua-dua hujung ke arah dalam supaya kain yang dibalut dengan selesa di sekeliling anda. Lipat beberapa inci pertama sarong ke bawah dan terus melipat sehingga hujung sampin berada di bawah lutut. Lengkapkan busana anda dengan songkok.
Tempat untuk membeli
Pakaian tradisional Melayu boleh didapati di banyak pusat membeli-belah utama di Malaysia. Salah satu tempat tersebut ialah Wisma Yakin yang mempunyai pelbagai pilihan pakaian Melayu tradisional.
Wisma Yakin
Jalan Masjid India,
City Centre, 50100
Kuala Lumpur, Malaysia
Cara untuk pergi ke Wisma Yakin
Sekiranya anda menaiki LRT, stesen terdekat ialah Stesen LRT Bandaraya dan Stesen LRT Masjid Jamek, yang berada dalam jarak berjalan kaki dari Wisma Yakin. Jalan Masjid India adalah satu kawasan segi tiga bersempadankan Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Anda juga boleh menggunakan teksi atau Uber untuk sampai ke sana.
Pakaian Masyarakat Cina
Orang Cina telah mengadaptasi pakaian tradisional yang selesa tetapi dipanggil ceongsam, yang juga dikenali sebagai ‘baju panjang’. Pakaian ini juga merupakan pilihan fesyen popular bagi wanita moden. ceongsam ini biasanya diperbuat daripada kain sutera dengan satin bersulam atau fabrik lembut yang lain. Ceongsam merupakan sehelai pakaian yang mempunyai kolar tinggi dengan butang katup dari leher ke bahagian atas dada. Ia adalah pakaian panjang dan mengikut bentuk tubuh dengan belahan setinggi paha sama ada pada satu atau kedua-dua bahagian tepi pakaian. Ceongsam telah berevolusi mengikut perkembangan masa dan kini menawarkan variasi lebih pendek yang popular dalam kalangan golongan muda.
Samfu adalah satu lagi pakaian tradisional masyarakat Cina, tetapi biasanya dipakai oleh wanita yang lebih berumur dan matang. Sama seperti pakaian tidur, samfu adalah pakaian dua helai yang terdiri daripada blaus longgar beserta seluar tiga suku panjang atau panjang mencecah buku lali.
Walaupun tiada pakaian tradisional yang khusus bagi lelaki, seseorang boleh mendapatkan baju berbutang yang diperbuat daripada bahan yang serupa dengan ceongsam. Baju ini boleh didapati sama ada dengan lengan panjang atau lengan pendek dengan butang katup di tengah-tengah bahagian hadapan.
Tempat untuk membeli
Pakaian tradisional Cina boleh didapati di pusat membeli-belah utama di seluruh Kuala Lumpur dan Malaysia. Jika anda membeli-belah di luar musim Tahun Baru Cina, Pasar Seni di Kuala Lumpur adalah pilihan yang terbaik untuk pakaian dan barangan kebudayaan.
Pasar Seni
Jalan Hang Kasturi,
City Centre, 50050
Kuala Lumpur, Malaysia
http://www.centralmarket.com.my/
Cara untuk pergi ke Pasar Seni
Jika anda menaiki kereta api, anda boleh mengambil laluan Kelana Jaya dan berhenti di Stesen Pasar Seni, yang terletak betul-betul di seberang jalan dari Pasar Seni di Kuala Lumpur. Anda juga boleh mengambil laluan Ampang, tetapi anda perlu turun di Stesen Masjid Jamek yang terletak dalam jarak 15 minit berjalan kaki dari Pasar Seni. Jika anda menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, Stesen Kuala Lumpur hanya dalam jarak 5 minit berjalan kaki.
Jika anda bercadang untuk menaiki bas, gunakan perkhidmatan bas Rapid KL yang berikut:
821, 822, 851, 180, 640, 650, 651, 652, 772, 780, 781, 782, 750, 751, 752, 770, 771, BET1, BET3, BET4.
Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan bas KL Hop-On Hop-Off. Ini adalah bas City Tour yang berhenti di stesen bas berhadapan Pasar Seni Kuala Lumpur. Pilihan lain adalah GOKL, perkhidmatan bas bandar percuma yang berhenti di hadapan Pasar Seni. Anda juga boleh menggunakan teksi atau Uber untuk sampai ke sana.
Masyakarat India
Sari adalah pakaian tradisional India yang paling dikenali. Sari berukuran 4-8 meter panjang dan kira-kira 0.6-1.2 meter lebar. Kain dalam dipakai di bawah sari dengan choli, blaus yang ketat yang terdedah di bahagian pinggang, berlengan atau tanpa lengan,sedondon atau kontras. Seluruh sari dibalut pada seluruh badan, mencapai hanya pada paras pusat, dengan hujung yang mempunyai sulaman atau cetakan yang sarat menutupi bahu kiri. Lebar sari mencecah dari pinggang hingga ke lantai dan terikat kemas di pinggang menggunakan tali cerut. Warna kain dalam perlu sepadan mungkin dengan warna asas sari. Ia berfungsi sebagai pakaian sokongan untuk membantu sari tetap pada tempatnya.
Wanita dari Utara India, walau bagaimanapun, memakai salwar kameez, juga dikenali sebagai sut Punjabi. Salwar kameez ialah pakaian panjang seperti gaun, blaus tanpa lengan yang dipakai dengan seluar dan dipadankan selendang untuk busana yang lengkap.
Secara tradisi, lelaki India memakai kurta dan seluar untuk majlis formal. Kurta ialah baju panjang hingga ke lutut dan biasa diperbuat daripada kapas atau linen.
Cara pemakaian
Sari
- Pertama sekali, pilih kain dalam yang sepadan dengan warna asas sari. Kain dalam tidak akan kelihatan apabila sari telah dipakai.
- Choli akan dipakai juga. Panjang choli hanya sehingga bahagian bawah dada meninggalkan bahagian pinggang dan pusat terdedah.
- Kemudian, mulakan dengan menyelit hujung kosong sari ke dalam kain dalam pada kedudukan awal di bahagian kanan pusat. Hujung luar akan terjuntai ke bawah jadi anda perlu pastikan sari tidak meleret di atas lantai.
- Apabila panjang telah ditetapkan, anda boleh bawa baki panjang sari ke sisi kiri dari belakang, membaluti diri anda sekali, supaya sari akan berada di hadapan sebelah kanan anda.
- Anda akan terus menyelit sari ke dalam kain dalam sambil memastikan sari yang menutupi anda tidak menyentuh lantai.
- Seterusnya, buat lima hingga tujuh lipatan dengan lebar yang sama, lebih kurang lima inci setiap lipatan, bermula dengan hujung sari yang diselit.
- Kumpulkan kesemua lipatan dengan kemas, dengan memastikan bucu bawah lipatan adalah lurus, sama dan tidak mencecah lantai.
- Pinkan menggunakan pin keselamatan untuk mengelakkan lipatan terbuka.
- Selitkan lipatan ke kain dalam dengan kemas di bahagian pinggang, di mana lipatan di sebelah kiri pusat supaya lipatan terbuka ke sebelah kiri.
- Tutupkan baki fabrik di sekeliling pinggang anda sekali lagi dari kiri ke bahagian belakang dan ke kanan semua sambil memegang hujung hujung atas sari.
- Apabila sari sampai ke hadapan semula, sangkutkan di atas bahu kiri supaya hujung sari berjuntai di belakang anda. Anda juga boleh menggunakan pin keselamatan untuk menyematkan sari ke choli di bahu supaya tidak terjatuh.
Salwar Kameez
Seluar salwar biasanya mempunyai pinggang bergetah atau tali cerut di bahagian hadapan. Anda juga boleh menentukan bahagian depan dan belakang seluar berdasarkan kedudukan kocek. Sebaik sahaja anda memakai seluar, laraskan kaki seluar supaya kain jatuh ke bawah dengan cantik. Blaus mungkin mempunyai manik, cangkuk atau reka bentuk khas, jadi berhati-hati agar tidak tersangkut di rambut semasa anda menyarung blaus tersebut. Untuk melengkapkan busana, pakai selendang di atas bahu, di leher, atau hanya gantungkan di salah satu bahu anda.
Tempat untuk Membeli
Anda boleh mendapatkan pakaian tradisional India di Little India, Kuala Lumpur. Hanya pergi ke Brickfields, anda akan mempunyai pelbagai gaya untuk dipilih.
Brickfields
Jalan Travers to Jalan Tun Sambanthan,
Brickfields, Kuala Lumpur
Cara untuk ke Brickfields
Untuk pergi ke Brickfields dengan menaiki kereta api, anda boleh menggunakan laluan LRT Putra atau Monorail KL, berhenti di stesen KL Sentral dan berjalan ke Brickfields.
Pakaian Peranakan
Peranakan adalah budaya unik yang bermula apabila pendatang Cina mula berkahwin campur ke dalam masyarakat Melayu beberapa abad yang lalu. Mereka juga dikenali sebagai Baba-Nyonya. “Baba” merujuk kepada lelaki, dan “Nyonya” merujuk kepada wanita.
Pakaian tradisional Nyonya adalah kebaya nyonya, dipakai dengan batik sarung sebagai skirt dan tiga kerosang atau kerongsang untuk memastikan kebaya tetap di tempatnya. Wanita juga memakai sepasang selipar manik buatan tangan yang dipanggil kasot manek-manek untuk melengkapkan busana. Kasot manek-manek tradisional adalah sepasang selipar jahitan tangan di mana manik-manik kaca diikat dan dijahit pada kanvas. Ia sering mempunyai reka bentuk bunga Eropah dengan warna Peranakan yang terang.
Pakaian Nyonya terdiri daripada tiga lapisan, pakaian dalaman, jaket luar dan kain sarung. Jaket luar biasanya diperbuat daripada bahan jarang, seperti kapas kain kasa, voile atau georgette. Pakaian dalaman biasanya adalah anak baju tradisional yang dipanggil choli.Jaket disulam dengan sarat dengan penekanan pada kolar, lengan dan kelim. Sulaman biasanya dilakukan dengan tangan kerana sulaman mesin jahit tidak sehalus jahitan tangan. Kebaya nyonya biasanya menggunakan kain sarung dengan reka bentuk Batik Jawa.
Kebaya nyonya datang dalam dua gaya asas. Pertama ialah baju panjang, yang menampilkan jaket panjang paras lutut dengan potongan lurus. Ia biasanya dipakai oleh wanita yang lebih berumur dan diperbuat daripada material yang jarang. Satu set tiga kerongsang digunakan untuk mengancing bahagian hadapan baju panjang. Sapu tangan kapas bersulam yang disisipkan di kawasan kolar untuk melengkapkan gaya. Gaya kedua dipanggil kebaya pendek. Ia lebih disukai oleh Nyonya muda kerana jaket paras pinggang ini menyerlahkan bentuk badan.
Baba memakai baju lokcuan, sama seperti yang dipakai lelaki Cina. Ada yang lebih gemar memakai baju lengan panjang berkolar Cina atau berbaju batik.
Cara Pemakaian
Sarong for the Nyonya Kebaya
Kain sarung sangat mudah dipakai. Hanya sarungkannya dan letakkan diri anda di sebelah kiri sarung sambil memegang hujung kanan kain dengan tangan kiri. Menggunakan tangan kanan, pegang bahagian hadapan sarung agar terletak kemas di bahagian abdomen. Dengan menggunakan tangan kiri, lipat baki kain ke arah pinggang sebelah kiri sambil memegang bahagian tepi di hadapan dan belakang di mana ia bertemu di bahagian kanan pinggang anda . Ikat semua dengan kemas kemudian lipat bahagian atas sarung dipinggang ke arah luar. Pastikan sarong tidak menyapu lantai, kemudian pusingkan supaya hujung sarong berlipat di hadapan paha kiri. Selalunya, tali pinggang sesuai untuk memastikan kain sarung tidak bergerak.
Tempat membeli
Tempat terbaik untuk mendapatkan barangan Peranakan ialah Melaka yang kaya dengan sejarah budaya Peranakan. Sama ada di Jonker Street atau Hatten Square Melaka Mall. Jika ada berada di Kuala Lumpur, terdapat beberapa kedai di Pasar Seni yang menjual pakaian tradisional masyakarat Baba.
Jonker Street
Jalan Hang Jebat,
75200 Melaka, Malaysia
Hatten Square
Jalan Merdeka,
Bandar Hilir,
75000 Melaka, Malaysia
http://www.hattensquare.com.my/
Pasar Seni
Jalan Hang Kasturi,
50050 Kuala Lumpur
Malaysia
http://www.centralmarket.com.my/
Cara untuk pergi ke Pasar Seni
Jika anda menaiki kereta api, anda boleh mengambil laluan Kelana Jaya dan berhenti di Stesen Pasar Seni, yang terletak betul-betul di seberang jalan dari Pasar Seni di Kuala Lumpur. Anda juga boleh mengambil laluan Ampang, tetapi anda perlu turun di Stesen Masjid Jamek yang terletak dalam jarak 15 minit berjalan kaki dari Pasar Seni. Jika anda menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, Stesen Kuala Lumpur hanya dalam jarak 5 minit berjalan kaki.
Jika anda bercadang untuk menaiki bas, gunakan perkhidmatan bas Rapid KL yang berikut:
821, 822, 851, 180, 640, 650, 651, 652, 772, 780, 781, 782, 750, 751, 752, 770, 771, BET1, BET3, BET4.
Anda juga boleh menggunakan bas KL Hop-On Hop-Off. Ini adalah bas City Tour yang berhenti di stesen bas berhadapan Pasar Seni Kuala Lumpur. Pilihan lain adalah GOKL, perkhidmatan bas bandar percuma yang berhenti di hadapan Pasar Seni. Anda juga boleh menggunakan teksi atau Uber untuk sampai ke sana.
Serani
Serani adalah keturunan peneroka Portugis abad ke-16 tetapi telah menetap di Melaka. Pakaian tradisional mereka sangat mencerminkan warisan mereka. Warna hitam dan merah menjadi warna utama pakaian tradisional mereka. Lelaki memakai jaket dan seluar dengan ikatan di pinggang, manakala wanita memakai skirt berlapis hadapan yang lebar.
Sarawak
Terdapat banyak budaya berbeza di Sarawak. Walau bagaimanapun, terdapat tiga kumpulan etnik utama di Sarawak yang pakaian tradisional mereka sering dilihat.
Iban
Pasangan Iban memakai pakaian tradisional
Ngepan Iban yang lengkap terdiri daripada:
- Sugu tinggi, perhiasan kepala daripada perak.
- Marek empang atau tangu yang dipakai di leher dan diletakkan di atas bahu orang yang memakai.
- Kain karap atau kebat, kain tenun tradisional yang dipakai di pinggang.
- Lampit atau tali pinggang perak.
- Rawai atau korset perak.
- Tumpa pirak atau bentuk, gelang perak mengelilingi pergelangan tangan.
- Gelang kaki atau gerunchung.
- Dompet perak atau buah pauh.
- Selampai atau ikat pinggang.
- Tali ujan atau mulung, rantai perak yang berkualiti.
- Sementing buchai atau sengkiling, korset syiling dengan syiling tergantung.
Pakaian tradisional bagi lelaki dikenali sebagai baju burung, yang dipakai bersama-sama dengan sirat. Baju burung adalah baju seperti rompi dan sirat ialah selendang panjang, kira-kira 25sm (10 inci) lebar dan 3-4m (10-12 kaki) panjang, yang terikat pada pinggang. Kedua-dua hujung selendang itu digunakan untuk menutup bahagian depan dan belakang, supaya tidak mendedahkan diri mereka.
Cara Pemakaian
Sirat
Tarik satu hujung selendang itu dari belakang, antara punggung dan ke hadapan, untuk menutup bahagian kemaluan. Menggunakan hujung panjang selendang itu, bulatkan selendang di bahagian pinggul di bawah hujung yang pertama yang anda gunakan. Selepas mendapatkan akhir yang lebih panjang selendang di sekeliling pinggang anda mengikut panjang yang diingini, mengikat simpulan di atas bidang rekah natal anda.
Orang Ulu
Orang Ulu terdiri daripada beberapa suku kaum iaitu Kenyah, Kayan, Kelabit, Klemantan, Lun Bawang dan suku kaum Penan. Mereka memakai pakaian tradisional hanya semasa upacara ritual penting dan sambutan tetamu.
Wanita memakai hiasan kepala yang dipanggil lavong dan pakaian yang dipanggil ketip, diperbuat dengan tangan. Hiasan kepala yang diperbuat daripada manik manakala ketip yang dihiasi dengan manik dan labuci berwarna-warni.
Bidayuh
Pakaian Bidayuh untuk wanita terdiri daripada blaus lengan pendek atau tanpa lengan, skirt yang dipanggil jomuh dan aksesori yang sepadan,termasuk selapi (ikat pinggang), pangiah (kalung manik), porik (tali pinggang logam) dan sipiah (tengkolok).
Lelaki Bidayuh memakai tawuop atau tahup,sekeping kain panjang yang dibalut di sekeliling badan dan kedua-dua hujung kain terjuntai menutupi bahagian hadapan dan belakang badan. Hiasan kepala lelaki dikenali sebagai Sumba Burang dan gelang kaki dipanggil kima.
Pangiah adalah kalung manik yang diperbuat daripada manik seramik berkualiti tinggi dan loket. Loket pada pangiah yang dibuat sama ada daripada taring binatang buas atau dari gigi tiruan. Pangiah ini mempunyai baris manik yang sangat berwarna-warni manik yang diikat bersama dengan tali nilon atau jalur kecil. Ia adalah aksesori yang sempurna wanita Bidayuh untuk majlis rasmi, makan malam kebudayaan atau kegunaan harian. Pangiah menunjukkan identiti budaya Bidayuh dan merupakan salah satu yang mesti ada bagi seorang wanita Bidayuh.
Sabah
Terdapat kira-kira 32 kumpulan pribumi di Sabah dan variasi pakaian puak yang sama banyak dalam gaya yang berbeza. Kebanyakan kumpulan ini mempunyai gaya dan warna mereka sendiri, walaupun sebahagian besar daripada mereka menggunakan hitam sebagai asas. Warna ditambah dengan menjahit manik merah, oren, putih dan hijau. Pakaian tradisional ini biasanya termasuk kalung antik manik dan tali pinggang, barang kemas perak ukiran tangan dan tali pinggang syiling dolar perak lama. Kebanyakan aksesori ini adalah barangan berharga. Mereka dianggap sebagai pusaka keluarga berharga yang diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.
Kadazandusun
Kadazandusun adalah kumpulan etnik terbesar di Sabah. Wanita budaya ini memakai baju pendek dikenali sebagai sinuangga dan skirt balut dipanggil tapi. Mereka mempunyai selendang batik yang dipasang dengan tali pinggang himpogot yang diperbuat daripada syiling dolar perak. Mereka berhias dengan aksesori barang kemas emas seperti hamai (kalung), gohong (gelang tangan), simbong (anting-anting), Sinsing (cincin) dan pawn (kerongsang).
Material asas untuk sinuangga adalah kain komersial hitam dengan sutera atau baldu digunakan untuk majlis upacara. Untuk pakaian harian,ia dibuat dengan kapas. Sinuangga adalah baju lengan pendek dengan garis leher – U yang dipakai oleh wanita muda. Ia mempunyai sulaman di sepanjang bukaan untuk kepala dan lengan, lipit sampingan dan sepanjang tengah belakang. Sulaman diperbuat daripada benang kapas merah, kuning dan krim. Butang emas dijahit dari leher ke pinggang pada pakaian bertujuan untuk majlis-majlis istiadat atau formal. Tapi ialah pakaian balut panjang yang serupa dengan kain sarung.
Pakaian tradisional untuk lelaki adalah gaung dan souva. Gaung adalah baju lengan panjang dengan hiasan emas dan butang. Souva adalah sepasang seluar panjang yang dipakai dengan tali pinggang yang dipanggil toogot. Terdapat hiasan emas sepanjang lipit souva itu. Lelaki juga memakai siga, sejenis hiasan kepala, di atas kepala mereka untuk melengkapkan gaya. Siga diperbuat daripada kapas dan boleh sama ada dilipat atau dibelitkan. Siga biasanya dipakai untuk tujuan upacara.
Bajau
Mereka dianggap sebagai koboi Timur. Semasa majlis khas, lelaki Bajau memakai hitam atau kadang-kadang baju lengan panjang berwarna putih dipanggil badu sampit. Ia mempunyai butang emas di sepanjang bahagian hadapan baju seperti kemeja berbutang juga dihiasi dengan bunga perak yang dipanggil intiras. Ia sepadan dengan badu sampit dengan sepasang seluar ketat. Kedua-dua baju dan seluar dijahit dengan hiasan emas. Mereka juga selalu memakai hiasan kepala dipanggil podong. Lelaki Bajau juga membawa pisau berhulu perak yang dipanggil keris di sisi. Sarung keris diperbuat daripada kayu dan perak. Dia juga membawa bilah atau bujak.
Rungus
Pakaian tradisional wanita Rungus diperbuat dengan kain yang diproses daripada kapas yang ditanam dan ditenun sendiri. Kain hitam dengan sedikit corak jahitan tangan dipakai dari dada hingga ke pinggang. Ini menjadi banat tondu atau baju yang dipadankan dengan tapi rinugading,skirt paras lutut daripada material yang sama. Terdapat satu lagi kain hitam seperti skaf kira-kira 30 cm (11.8 inci) panjang. Ia diletakkan di atas kepala dan terletak di bahu untuk menutupi tangan seperti lengan baju. Ia dipakai oleh wanita beserta dengan Orot, tali pinggang yang diperbuat daripada kulit kayu dilucutkan dengan cincin tembaga kecil dan manik ditenun di atasnya. Orot dipakai di bahagian pinggang dengan tali manik,dikenali sebagai lobokon yang digantung longgar dari Orot itu. Orot adalah hasil buatan tangan lelaki Rungus menggunakan teknik yang yang hanya diketahui oleh mereka. Rantai manik panjang, dipanggil sandang, juga dipakai menyerong di atas bahu. Sandang juga termasuk cakera gading putih yang diambil dari cengkerang kima atau tulang haiwan.
Rambut wanita biasanya disikat menjadi sanggul dan dihias dengan hiasan kepala berbunga warna-warni yang dipanggil titimbok. Terdapat lingkaran manik dipanggil sisingal yang diikat disekeliling dahi. Tocang yang diperbuat daripada perca kain yang dijahit bersama, diikat dibelakang leher.
Untuk maklumat yang lebih menarik:
- Indians in Malaysia
- Guan Yin Day
- Monarchy System in Malaysia
- Gawai Dayak: The Celebration of Bountiful Harvest
- Thaipusam – The Festival of Lord Murugan
- 25 Mouthwatering Dishes of Malaysia
Please support us so that we can continue to bring you more Dharma:
If you are in the United States, please note that your offerings and contributions are tax deductible. ~ the tsemrinpoche.com blog team
DISCLAIMER IN RELATION TO COMMENTS OR POSTS GIVEN BY THIRD PARTIES BELOW
Kindly note that the comments or posts given by third parties in the comment section below do not represent the views of the owner and/or host of this Blog, save for responses specifically given by the owner and/or host. All other comments or posts or any other opinions, discussions or views given below under the comment section do not represent our views and should not be regarded as such. We reserve the right to remove any comments/views which we may find offensive but due to the volume of such comments, the non removal and/or non detection of any such comments/views does not mean that we condone the same.
We do hope that the participants of any comments, posts, opinions, discussions or views below will act responsibly and do not engage nor make any statements which are defamatory in nature or which may incite and contempt or ridicule of any party, individual or their beliefs or to contravene any laws.
Please enter your details